Suatu pengalaman yang sangat menarik dan tidak dapat dilupakan apabila jemaah dapat menunaikan ibadah umrah pada awal ramadhan yang mana suatu bulan yang penuh dengan kerahmatan, keampunan serta keberkatan lebih-lebih lagi ianya disambut di tanah suci. Perjalanan ziarah ini bermula apabila jemaah tiba di madinah di mana pada hari kedua jemaah di bawa ke masjid nabawi dan diterangkan sedikit sebanyak oleh mutowwif mengenai perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh jemaah dalam meraih pahala yang berganda seperti ibadah sunat yang biasa dilakukan sewaktu berada di masjid nabawi. Seterusnya jemaah dibawa pada hari berikutnya dalam program ziarah luar di mana sepanjang perjalanan ini mutowwif memberikan tazkirah dan juga nasihat yang telah menyentuh hati jemaah yang kelihatan sayu sewaktu menziarahi tempat yang dibawa oleh mutowwif.
Jemaah dibawa ke masjid quba untuk melihat sirah yang terkenal di masjid quba yang mana masjid ini adalah masjid pertama yang dibina oleh rasulullah saw bersama para sahabat dengan penuh rasa ketaqwaan.seterusnya jemaah dibawa ke jabal uhud, medan peperangan khandaq. Setelah itu ,jemaah di bawa pula ke pasar kurma yang mana terkenal di kalangan jemaah malaysia kualiti kurma yang terdapat di sana. apabila selesai pergi ke pasar kurma jemaah dibawa mnziarahi sebuah perkuburan yang terkenal di madinah iaitu perkuburan baqi'.perkuburan ini sangat istimewa di mana rasulullah telah mendoakan penghuni di perkuburan baqi'. Sebelum lawatan berakhir pada hari itu jemaah dibawa melawat ke Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh di samping mendengar kisah sirah yang disampaikan oleh mutowwif .
Pada hari berikutnya,sebelum jemaah berlepas ke makkah, jemaah dibawa oleh mutowwif untuk melakukan ziarah wida' setelah selesai melakukan solat zohor.terpancar di wajah jemaah mimik muka yang kelihatan sayu di saat melakukan ziarah wida'.setelah jemaah selesai memakai ihram umrah dan berkumpul di lobi hotel jemaah dibawa bertolak ke makkah menaiki bas. Sepanjang perjalanan jemaah diperdengarkan bermacam tazkirah yang mengusik qolbu jemaah serta zikir-zikir yang menenangkan hati para jemaah sebelum tiba di makkah. Setelah jemaah selamat sampai ke hotel mereka di makkah jemaah diiringi serta dibimbing dengan baik oleh mutowwif sewaktu melakukan tawaf dan saie umrah. Disebabkan jumlah jemaah yang sederhana dan tidak terlampau ramai telah memudahkan mutowwif menguruskan para jemaah ketika mereka melakukan ibadah. Jemaah juga berasa selesa kerana setiap permasalahan dan kemusykilan serta keraguan yang dihadapi oleh mereka dijawab dan ditangani serta diuruskan dengan baik. Alhamdulillah ibadah mereka juga berjaya dilakukan dengan sempurna kerana jemaah dibimbing begitu baik sehingga selesai melakukan ibadah tawaf dan saie.
Tidak ketinggalan di makkah jemaah juga turut dibawa melawat ke Jabal Thur, Padang Arafah, di sekitar Muzdalifah, kawasan melontar jamrah di Mina, Jabal Nur (Gua Hira') dan juga Jabal Rahmah. Sepanjang berada di kawasan ini jemah diceritakan keistimewaan dan kelebihan serta sirah yang berlaku di kawasan tersebut oleh mutowwif yang berpengalaman dan arif mengenai sejarah disana. kemudian jemaah di bawa ke masjid ja'ranah dan akan bermiqat di situ untuk melakukan umrah buat kali kedua.
Disebabkan jumlah jemaah yang tidak terlampau ramai dan padat menyebabkan jemaah berasa selesa dan seronok sepanjang program lawatan yang dibawa oleh mutowwif. Tidak ketinggalan jemaah dibawa melawat ke Muzium Haramain dan Ladang Unta . Disana jemaah dapat melihat sedikit sebanyak sejarah kaabah dibina,sejarah telaga air zam-zam, hajarul aswad dan sebagainya. Apabila selesai program lawatan di muzium dan ladang unta jemaah dibawa pula ke Masjid Hudaibiyah dimana di masjid ini jemaah akan berniat ihram di miqat untuk melakukan umrah buat kali ketiga.
Setelah selesai semua program dan ibadah yang dibimbing oleh mutowwif yang berpengalaman pada hari ke sebelas jemaah akan melakukan tawaf wida'. Setelah selesai melakukan tawaf wida' jemaah akan berkumpul di lobi dan melakukan check out hotel untuk ke lapangan terbang Jeddah.setelah itu mereka akan chech in di Jeddah airport dan berlepas ke Colombo. Setelah tiba di colombo jemaah akan berlepas ke Malaysia .
Sesungguhnya kenangan dan kenikmatan sewaktu melakukan ibadah umrah di bulan Ramadhan Al Mubarak pasti meninggalkan sejuta kenangan manis yang tidak akan dapat dilupakan oleh jemaah..mereka juga berhasrat untuk pergi menunaikan umrah pada bulan ramadhan yang akan datang jika diberi kesempatan dan diizinkan oleh Allah swt.