Ramadhan Diberkati Syawal Disyukuri







Assalamualaikum kepada semua pengunjung di blog Barakah Umhaj Travel & Tours Sdn Bhd. Bersempena menyambut bulan Syawal yang mulia ini, kami di Pihak Barakah Umhaj menyusun sepuluh jari memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua pengunjung dan para jemaah. Kami mengucapkan "Taqoballahu min na wa minkum" serta ucapan tahniah kepada semua kerana berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan penuh rasa ketaqwaan. Semoga Syawal ini diraikan dengan punuh rasa kesyukuran.Moga segala amal ibadah kita di bulan Ramadhan diterima oleh Allah swt.

THE MIRACLE OF CAIRO


 PYRAMIDS & SPIHNX



EGYPTIAN MUSEUM



SALAH EL-DEIN(CASTEL)



MASJID MOHD ALI PASHA



MASJID AL- AZHAR



QUIT BAYS FORT


GUNUNG SINAI

http://hermawayne.blogspot.com

KARNAK

http://hermawayne.blogspot.com

HURGADA

http://hermawayne.blogspot.com

LUXOR

http://hermawayne.blogspot.com


ALEXANDRIA


Related image



Seperti yang sedia maklum di negara Mesir keadaan masih lagi tidak begitu baik dan terdapat pergolakan namun itu tidak menghalang pengunjung untuk datang melawat negara yang penuh dengan sejarah ketamadunan yang begitu hebat dan termasyhur. Hampir semua wilayah di Mesir mempunya sejarah yang memukau dan menarik untuk diterokai.

Antara tempat yang memukau dan menarik di mesir ialah gunung sinai. Gunung sinai adalah gunung yang mepunyai puncak tertinggi di Kota Saint Katherine's. Gunung ini sangat terkenal dikalangan pengunjung kerana di gunung inilah nabi Musa mendapat wahyu. Di puncak ini juga lah terdapat masjid dan gereja.

Selain itu, tempat yang menarik untuk dikunjungi ialah di Karnak. Karnak adalah sebuah kompleks kuil ,tiang-tiang dan bangunan yang lain. Ini menunjukkan bahawa di sini pernah terdapat sebuah peradaban dan tamadun yang hebat. Terdapat tiga kuil utama dan banyak kuil yang berukuran kecil.Karnak dibangunkan sebagai tempat pemujaan sewaktu di zaman Firaun.

Di Mesir juga terdapat Hurghada yang mana ianya kota di Mesir yang terletak di Laut Merah dan terkenal dengan pantainya yang indah dengan pasir putihnya.Di Hurghada terdapat banyak fasiliti yang menarik yang disediakan untuk pengunjung. Keistimewaan di sini terdapat terumbu karang yang indah di dunia.

di Mesir juga terdapat sebuah Luxor , Luxor adalah kota kuno di Heliopolis selatan yang mempunyai sejarah mesir seperti monumen ,runtuhan kuil-kuil dan makam serta musium terbuka yang besar.

Dan di Mesir juga terdapat sebuah kota kedua terbesar di Mesir dan salah satu kota paling terkenal iaitu kota Alexandria.DI Alexandria terdapat sphiny dan teater romawi kuno. The Great Lighthouse termasok dalam dalam 7 keaijaban dunia. 




THE MIRACLE OF PULAU REDANG
















Pulau redang adalah sebuah pulau yang terbesar di Terengganu. lokasinya terletak 45 km daripada bandaraya kuala Terengganu. Di sekitar Pulau Redang juga terdapat beberapa pulau lain antaranya Pulau Paku Besar, Pulau Paku Kecil, Pulau Kerengga Besar,Pulau Kerengga Kecil dan lain-lain lagi. Di Pulau Redang ini pelancong dijanjikan dengan pelbagai aktiviti serta panorama menarik yang mampu mengusik hati dan jiwa pelancong. Antara aktiviti yang menarik dan membuatkan pelancong teruja seperti "snorkeling","scuba-diving", dan juga keindahan laut yang mempersona dengan dipenuhi hidupan marin seperti ikan,penyu dan batu karang. Semua keindahan dan khazanah laut ini  pasti akan membuatkan pelancong berasa puas dan berbaloi.

Untuk pengetahuan pelancong, Taman Khazanah Laut adalah antara Taman Laut Tercantik di dunia. Di Taman Laut ini banyak menghimpunkan ribuan khazanah laut berusia ribuan tahun yang sentiasa dijaga rapi keasliannya agar terhindar daripada tercemar dan terhakis dimamah perubahan iklim dunia. Sekiranya pengunjung ingin merasai keunikan serta keindahan di Pulau Redang ,pengungjung boleh menikmatinya dengan melakukan aktiviti snorkeling dan diving di sekitar kawasan taman laut.
  
Selain daripada itu, aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh pengunjung di Pulau Redang ialah melihat matahari terbit dan matahari terbenam. Kerana pegunjung perlu tahu bahawa yang paling menarik di pulau ini ialah cuaca yang terang dan aura cahaya matahari yang mampu merehatkan jiwa yang tertekan. Selain itu, pelancong juga boleh mencuba aktiviti mendaki di sekitar Pulau redang yang mana terdapat banyak haiwan dan pokok yang jarang ditemui di pulau ini.

Tidak ketinggalan juga, pengunjung boleh melihat penyu.Pasir Chagar  Hutang  adalah kawasan utama  di Pulau Redang yang didatangi oleh penyu untuk mengawan dan bertelur.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi no berikut

Pn Kartika : 013-98340544

KENIKMATAN KETIKA MENJALANI IBADAH UMRAH PADA AWAL RAMADHAN

Suatu pengalaman yang sangat menarik dan tidak dapat dilupakan apabila jemaah dapat menunaikan ibadah umrah pada awal ramadhan yang mana suatu bulan yang penuh dengan kerahmatan, keampunan serta keberkatan lebih-lebih lagi ianya disambut di tanah suci. Perjalanan ziarah ini bermula apabila jemaah tiba di madinah di mana pada hari kedua jemaah di bawa ke masjid nabawi dan diterangkan sedikit sebanyak oleh mutowwif mengenai perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh jemaah dalam meraih pahala yang berganda seperti ibadah sunat yang biasa dilakukan sewaktu berada di masjid nabawi. Seterusnya jemaah dibawa pada hari berikutnya dalam program ziarah luar di mana sepanjang perjalanan ini mutowwif memberikan tazkirah dan juga nasihat yang telah menyentuh hati jemaah yang kelihatan sayu sewaktu menziarahi tempat yang dibawa oleh mutowwif. 

Jemaah dibawa ke masjid quba untuk melihat sirah yang terkenal di masjid quba yang mana masjid ini adalah masjid pertama yang dibina oleh rasulullah saw bersama para sahabat dengan penuh rasa ketaqwaan.seterusnya jemaah dibawa ke jabal uhud, medan peperangan khandaq. Setelah itu ,jemaah di bawa pula ke pasar kurma yang mana terkenal di kalangan jemaah malaysia kualiti kurma yang terdapat di sana. apabila selesai pergi ke pasar kurma jemaah dibawa mnziarahi sebuah perkuburan yang terkenal di madinah iaitu perkuburan baqi'.perkuburan ini sangat istimewa di mana rasulullah telah mendoakan penghuni di perkuburan baqi'. Sebelum lawatan berakhir pada hari itu jemaah dibawa melawat ke Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh di samping mendengar kisah sirah yang disampaikan oleh mutowwif .

Pada hari berikutnya,sebelum jemaah berlepas ke makkah, jemaah dibawa oleh mutowwif untuk melakukan ziarah wida' setelah selesai melakukan solat zohor.terpancar di wajah jemaah mimik muka yang kelihatan sayu di saat melakukan ziarah wida'.setelah jemaah selesai memakai ihram umrah dan berkumpul di lobi hotel jemaah dibawa bertolak ke makkah menaiki bas. Sepanjang perjalanan jemaah diperdengarkan bermacam tazkirah yang mengusik qolbu jemaah serta zikir-zikir yang menenangkan hati para jemaah sebelum tiba di makkah. Setelah jemaah selamat sampai ke hotel mereka di makkah jemaah diiringi serta dibimbing dengan baik oleh mutowwif sewaktu melakukan tawaf dan saie umrah. Disebabkan jumlah jemaah yang sederhana dan tidak terlampau ramai telah memudahkan mutowwif menguruskan para jemaah ketika mereka melakukan ibadah. Jemaah juga berasa selesa kerana setiap permasalahan dan kemusykilan serta keraguan yang dihadapi oleh mereka dijawab dan ditangani serta diuruskan dengan baik. Alhamdulillah ibadah mereka juga berjaya dilakukan dengan sempurna kerana jemaah dibimbing begitu baik sehingga selesai melakukan ibadah tawaf dan saie.

Tidak ketinggalan di makkah jemaah juga turut dibawa melawat ke Jabal Thur, Padang Arafah, di sekitar Muzdalifah, kawasan melontar jamrah di Mina, Jabal Nur (Gua Hira') dan juga Jabal Rahmah. Sepanjang berada di kawasan ini jemah diceritakan keistimewaan dan kelebihan serta sirah yang berlaku di kawasan tersebut oleh mutowwif yang berpengalaman dan arif mengenai sejarah disana. kemudian jemaah di bawa ke masjid ja'ranah dan akan bermiqat di situ untuk melakukan umrah buat kali kedua.

Disebabkan jumlah jemaah yang tidak terlampau ramai dan padat menyebabkan jemaah berasa selesa dan seronok sepanjang program lawatan yang dibawa oleh mutowwif. Tidak ketinggalan jemaah dibawa melawat ke Muzium Haramain dan Ladang Unta . Disana jemaah dapat melihat sedikit sebanyak sejarah kaabah dibina,sejarah telaga air zam-zam, hajarul aswad dan sebagainya. Apabila selesai program lawatan di muzium dan ladang unta jemaah dibawa pula ke Masjid Hudaibiyah dimana di masjid ini jemaah akan berniat ihram di miqat untuk melakukan umrah buat kali ketiga.

Setelah selesai semua program dan ibadah yang dibimbing oleh mutowwif yang berpengalaman pada hari ke sebelas jemaah akan melakukan tawaf wida'. Setelah selesai melakukan tawaf wida' jemaah akan berkumpul di lobi dan melakukan check out hotel untuk ke lapangan terbang Jeddah.setelah itu mereka akan chech in di Jeddah airport dan berlepas ke Colombo. Setelah tiba di colombo jemaah akan berlepas ke Malaysia .

Sesungguhnya kenangan dan kenikmatan sewaktu melakukan ibadah umrah di bulan Ramadhan Al Mubarak pasti meninggalkan sejuta kenangan manis yang tidak akan dapat dilupakan oleh jemaah..mereka juga berhasrat untuk pergi menunaikan umrah pada bulan ramadhan yang akan datang jika diberi kesempatan dan diizinkan oleh Allah swt.