MERS : JEMAAH UMRAH DINASIHAT AMBIL SUNTIKAN H1N1
2014/05/06 - 19:45:05 PM
KUALA LUMPUR : Bakal jemaah umrah mulai bulan ini dinasihatkan mengambil suntikan vaksin H1N1 sebagai langkah pencegahan awal mengelak jangkitan Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).
Pegawai Khidmat Pelanggan Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS), Norhayati Jaafar, berkata jemaah umrah terutama warga emas yang berisiko tinggi terkena jangkitan virus itu digalakkan untuk mendapatkan suntikan tambahan berkenaan selain suntikan vaksin Meningococcal Meningitis jenis A, C, Y, W135.
"Suntikan vaksin meningococcal ini satu perkara yang wajib untuk
urusan kelulusan visa dan pasport jemaah, tetapi suntikan vaksin H1N1 ini
jemaah boleh mengambil sendiri bagi elak diri daripada mudah terkena wabak MERS
ini memandangkan masih belum ada vaksin khusus mencegah jangkitan virus ini
" katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Norhayati berkata, jemaah umrah juga disaran memakai topeng muka
sepanjang menunaikan ibadat umrah nanti di samping perlu menjaga kesihatan diri
secara rapi. Katanya, lawatan ke ladang unta dihentikan seketika
kerana faktor penyebaran wabak MERS disyaki berpunca daripada unta di Arab
Saudi. Dalam perkembangan lain,
Norhayati berkata setakat ini pihak THTS akan melaksanakan pakej umrah seperti
biasa memandangkan masih belum menerima sebarang keputusan rasmi daripada Arab
Saudi mengenai cadangan menghentikan sementara pemberian visa umrah berikutan
penyebaran wabak tersebut.
Beliau berkata, memang ada laporan sebelum ini mengatakan pemberian visa umrah akan dihentikan.
Pada 16 April, Kementerian Kesihatan mengesahkan kematian seorang lelaki yang baru pulang daripada mengerjakan umrah disebabkan jangkitan MERS. Lelaki Melayu berusia 54 tahun berasal dari Batu Pahat, Johor itu pulang dari Tanah Suci pada 29 Mac. Dia mengalami demam, batuk serta sukar bernafas kira-kira 10 hari kemudian. Pada 10 April dia dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail, tetapi meninggal dunia tiga hari selepas itu. - BERNAMA