Kepada kaum wanita di luar sana yang ingin
menunaikan ibadah umrah pada tahun
ini atau pada tahun-tahun seterusnya, di sini kami ingin berkongsikan syarat
terbaru dari Kedutaan Arab Saudi berkenaan permohonan "Visa Umrah" yang telah di edarkan kepada semua agensi perlancongan di Malaysia. Syarat ini telah di SAH kan oleh Pihak Pengurusan
Syarikat Barakah Umhaj sendiri.
Hebahan terkini : Sila ambil perhatian Wanita muslim bujang yang
berumur 45 tahun ke bawah dan berhasrat untuk pergi menunaikan UMRAH ,kerajaan
ARAB SAUDI telah membuat peraturan baru iaitu wanita yang ingin menunaikan
umrah tetapi berumur 45 tahun kebawah harus ditemani oleh MAHRAM (suami atau
ayah atau saudara lelaki atau datuk) TETAPI kepada
wanita muslim yang berumur 45 tahun dan ke atas boleh menggunakan perkhidmatan TUMPANG
MAHRAM atau Woman Group (In shaA Allah tiada masalah).
Sila baca peraturan di bawah dengan
teliti.
PENGUMUMAN : PERATURAN PERMOHONAN VISA
Semua jemaah WANITA yang berumur kurang dari 45
tahun atau jemaah LELAKI yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh
permohonan VISA
UMRAH TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM TIDAK akan di LULUSKAN Visa Umrah
oleh Kedutaan Arab Saudi lagi
Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan
:-
1. Suami - Surat Nikah;
2. Bapa Kandung - Surat Beranak;
3. Adik beradik lelaki kandung - Surat Beranak;
4. Bapa saudara kandung - surat beranak wanita,
surat beranak ibu/bapa dan surat beranak bapa saudara
5. Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat
beranak ibu/bapa
Barakah Umhaj tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap
sebarang penolakan VISA UMRAH sekiranya jemaah wanita gagal mematuhi
peraturan-peraturan tersebut di atas.