Umrah + Ziarah ke Baitul Maqdis..

Assalamualaikum...




Firman Allah s.w.t: "Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah diberkati sekitarnya, untuk Kami tunjukkan tanda-tanda kebesaran Kami, sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat".

Sesungguhnya masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama dan masjid yang ketiga selepas dua masjid al-Haram serta masjid yang kedua didirikan di atas muka bumi ini selepas masjid al-Haram di Makkah.

Di dalam sebuah hadith terdapat galakan daripada Rasulullah s.a.w untuk umat Islam menziarahi Bait al-Maqdis dan bersembahyang di dalamnya serta galakan baginda agar mengikat tunggangan ke masjid al-Aqsa (beribadah di masjid al-Aqsa). Rasulullah s.a.w juga memberi khabar gembira kepada mereka yang tinggal di Bait al-Maqdis dan sekitarnya dengan menyatakan bahawa mereka adalah golongan yang "menang". Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sentiasalah satu golongan daripada umatku berada di dalam kebenaran, mereka tidak dimudaratkan oleh golongan yang menentang mereka sehinggalah datang janji Allah, sedang mereka dalam keadaan yang sedemikian juga. Sahabat pun bertanya "Di manakah mereka wahai Rasulullah?" jawab baginda: "Mereka berada di Bait al-Maqdis dan kawasan sekitarnya".

Oleh itu, Barakah Umhaj Travel & Tours ingin memaklumkan pada semua bahawa :

3 kekosongan bagi umrah + ziarah Baitul Maqdis

13 FEBRUARI 2013

Hanya RM 6380

Solat jumaat di Masjid Al-Aqsa

Confirm Flight!


Siapa Cepat Dia Dapat!!!