THE MIRACLE OF PULAU REDANG
















Pulau redang adalah sebuah pulau yang terbesar di Terengganu. lokasinya terletak 45 km daripada bandaraya kuala Terengganu. Di sekitar Pulau Redang juga terdapat beberapa pulau lain antaranya Pulau Paku Besar, Pulau Paku Kecil, Pulau Kerengga Besar,Pulau Kerengga Kecil dan lain-lain lagi. Di Pulau Redang ini pelancong dijanjikan dengan pelbagai aktiviti serta panorama menarik yang mampu mengusik hati dan jiwa pelancong. Antara aktiviti yang menarik dan membuatkan pelancong teruja seperti "snorkeling","scuba-diving", dan juga keindahan laut yang mempersona dengan dipenuhi hidupan marin seperti ikan,penyu dan batu karang. Semua keindahan dan khazanah laut ini  pasti akan membuatkan pelancong berasa puas dan berbaloi.

Untuk pengetahuan pelancong, Taman Khazanah Laut adalah antara Taman Laut Tercantik di dunia. Di Taman Laut ini banyak menghimpunkan ribuan khazanah laut berusia ribuan tahun yang sentiasa dijaga rapi keasliannya agar terhindar daripada tercemar dan terhakis dimamah perubahan iklim dunia. Sekiranya pengunjung ingin merasai keunikan serta keindahan di Pulau Redang ,pengungjung boleh menikmatinya dengan melakukan aktiviti snorkeling dan diving di sekitar kawasan taman laut.
  
Selain daripada itu, aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh pengunjung di Pulau Redang ialah melihat matahari terbit dan matahari terbenam. Kerana pegunjung perlu tahu bahawa yang paling menarik di pulau ini ialah cuaca yang terang dan aura cahaya matahari yang mampu merehatkan jiwa yang tertekan. Selain itu, pelancong juga boleh mencuba aktiviti mendaki di sekitar Pulau redang yang mana terdapat banyak haiwan dan pokok yang jarang ditemui di pulau ini.

Tidak ketinggalan juga, pengunjung boleh melihat penyu.Pasir Chagar  Hutang  adalah kawasan utama  di Pulau Redang yang didatangi oleh penyu untuk mengawan dan bertelur.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi no berikut

Pn Kartika : 013-98340544