Kursus Umrah 23 November 2013

Assalamualaikum..hari ini 23 November 2013 telah diadakan kursus umrah di Masjid Al-Azhariah atau lebih dikenali sebagai Masjid Unta di Seksyen 18, Shah Alam. 
Para jemaah yang akan bertolak pada 23 Disember 2013 dan 25 Disember 2013 telah diberi taklimat dan juga kursus umrah. Mereka diberi penerangan sebelum bertolak mengerjakan ibadah umrah. 

Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan dan juga keberkatan kepada mereka. Semoga umrah yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan juga keberkatan oleh Allah..
In shaA Allah. Seterusnya mendapat umrah yang mabrur..

Kursus yang seterusnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sila daftarkan diri anda dengan segera, tempat adalah terhad! Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila datang ke pejabat kami di Anggerik Mall Shah Alam Seksyen 14 ataupun hubungi kami di talian 03-5513 8254/8251, boleh juga hubungi HJ. ZAKARIA di talian 012-304 5456, sekian terima kasih.