JADUAL PENERBANGAN UMRAH BIASA 2015

Daftarkan diri anda dengan segera. Tempat adalah terhad. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila datang ke pejabat kami di Anggerik Mall, Seksyen 14, Shah Alam ataupun menghubungi kami di talian 03-5513 8254 / 8251. 
Boleh juga hubungi Hj Zakaria di talian 012-3045456. Terima kasih.

JADUAL PENERBANGAN LAWATAN KE JORDAN + AL AQSA

Daftarkan diri anda dengan segera. Tempat adalah terhad. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila datang ke pejabat kami di Anggerik Mall, Seksyen 14, Shah Alam ataupun menghubungi kami di talian 03-5513 8254 / 8251. 
Boleh juga hubungi Hj Zakaria di talian 012-3045456. Terima kasih.

JADUAL PENERBANGAN UMRAH MUSIM SEJUK 2014


Daftarkan diri anda dengan segera. Tempat adalah terhad. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila datang ke pejabat kami di Anggerik Mall, Seksyen 14, Shah Alam ataupun menghubungi kami di talian 03-5513 8254 / 8251. 
Boleh juga hubungi Hj Zakaria di talian 012-3045456. Terima kasih.


Jemaah Umrah 15 Mei 2014 ( MAS )

Assalamualaikum.. Alhamdullilah, proses penerbangan bagi para jemaah yang menggunakan penerbangan Malaysi Airlines pada hari ini 15 Mei 2014 berjalan dengan lancar. Selamat menunaikan ibadah umrah bagi para jemaah sekalian. Panjatkan doa pada Allah agar para jemaah selamat pergi dan pulang serta dapat menunaikan umrah dengan hati yang tenang dan semoga ibadah mereka diterimaNya. Apa yang diharapkan mereka gembira menyahut seruan Ilahi di samping dapat memantapkan iman didalam diri. Semoga para jemaah dikurniakan umrah yang mabrur. In shaA Allah. 
Sama-sama kita mendoakan untuk mereka. 
Amin





















PROMOSI ISTIMEWA 2014



PAKEJ UMRAH CUTI SEKOLAH 2014

3 JUN 2014 - 14 JUN 2014
( 13 HARI / 11 MALAM )
RM 5, 980
PENERBANGAN AIR ASIA X

Keistimewaan pakej ini :
> Mutawif oleh Haji Zakaria sendiri
> Mutawif bagi perempuan oleh Puan Hjh Norleah binti Hashim


Daftarkan diri anda dengan segera. Tempat adalah terhad. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila datang ke pejabat kami di Anggerik Mall, Seksyen 14, Shah Alam ataupun menghubungi kami di talian 03-5513 8254 / 8251. 
Boleh juga hubungi Hj Zakaria di talian 012-3045456. Terima kasih.


ALHAMDULLILAH

Assalamualaikum. Alhamdullilah, pakej umrah bagi cuti sekolah telah pun dipenuhi dengan para jemaah. Terima kasih daripada kami pihak Barakah Umhaj Travel & Tours. Kami juga menawarkan pakej umrah+cairo dan juga pakej umrah akhir Ramadhan. Daftarkan diri anda dengan segera. Tempat adalah terhad. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila datang ke pejabat kami di Anggerik Mall, Seksyen 14, Shah Alam ataupun boleh menghubungi kami di talian 03-5513 8254 / 8251. Boleh juga hubungi terus Hj Zakaria di talian 012-3045456. Sekian terima kasih.



TIADA SEKATAN JEMAAH TUNAI HAJI, UMRAH


TIADA SEKATAN JEMAAH TUNAI 
HAJI DAN UMRAH

2014/05/06 - 03:32:07 AM

Riyadh: Kerajaan Arab Saudi tidak menguatkuasakan secara rasmi sekatan ke atas jemaah haji atau umrah yang berumur lebih 65 tahun, kata pegawai Kementerian Haji dan Wakaf Arab Saudi, Said Al-Ghamdi.

Beliau berkata, nasihat diberikan kepada jemaah pada usia tertentu selain kanak-kanak dikeluarkan sebagai langkah pencegahan untuk membendung penularan virus di Wilayah Barat, katanya. 

“Virus korona maut itu mengakibatkan penyusutan jemaah tempatan tetapi tidak mempunyai kesan terhadap permohonan jemaah Haji dan Umrah dari luar negara,” kata Al-Ghamdi kepada Arabnews. 

Kementerian Haji dan Wakaf Arab Saudi juga tidak menerima sebarang pertanyaan daripada mana-mana misi Haji mengenai kemungkinan sekatan disebabkan virus korona itu, katanya.

 - AGENSI

MERS: JEMAAH UMRAH DINASIHAT AMBIL SUNTIKAN H1N1


MERS : JEMAAH UMRAH DINASIHAT AMBIL SUNTIKAN H1N1

2014/05/06 - 19:45:05 PM

KUALA LUMPUR : Bakal jemaah umrah mulai bulan ini dinasihatkan mengambil suntikan vaksin H1N1 sebagai langkah pencegahan awal mengelak jangkitan Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).

Pegawai Khidmat Pelanggan Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS), Norhayati Jaafar, berkata jemaah umrah terutama warga emas yang berisiko tinggi terkena jangkitan virus itu digalakkan untuk mendapatkan suntikan tambahan berkenaan selain suntikan vaksin Meningococcal Meningitis jenis A, C, Y, W135.

"Suntikan vaksin meningococcal ini satu perkara yang wajib untuk urusan kelulusan visa dan pasport jemaah, tetapi suntikan vaksin H1N1 ini jemaah boleh mengambil sendiri bagi elak diri daripada mudah terkena wabak MERS ini memandangkan masih belum ada vaksin khusus mencegah jangkitan virus ini " katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 


Norhayati berkata, jemaah umrah juga disaran memakai topeng muka sepanjang menunaikan ibadat umrah nanti di samping perlu menjaga kesihatan diri secara rapi.  Katanya, lawatan ke ladang unta dihentikan seketika kerana faktor penyebaran wabak MERS disyaki berpunca daripada unta di Arab Saudi.  Dalam perkembangan lain, Norhayati berkata setakat ini pihak THTS akan melaksanakan pakej umrah seperti biasa memandangkan masih belum menerima sebarang keputusan rasmi daripada Arab Saudi mengenai cadangan menghentikan sementara pemberian visa umrah berikutan penyebaran wabak tersebut.

Beliau berkata, memang ada laporan sebelum ini mengatakan pemberian visa umrah akan dihentikan.
Pada 16 April, Kementerian Kesihatan mengesahkan kematian seorang lelaki yang baru pulang daripada mengerjakan umrah disebabkan jangkitan MERS. Lelaki Melayu berusia 54 tahun berasal dari Batu Pahat, Johor itu pulang dari Tanah Suci pada 29 Mac. Dia mengalami demam, batuk serta sukar bernafas kira-kira 10 hari kemudian. Pada 10 April dia dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail, tetapi meninggal dunia tiga hari selepas itu.   - BERNAMA